Wednesday 16 September 2015

KEMERDEKAAN



 



                        

MAKSUD KEMERDEKAAN

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.
Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahandasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan denganpemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naunganmerujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.






              MAKNA LAMBANG PADA BENDERA







  
        SENARAI NAMA PERDANA MENTERI







Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia
UMNO
1957–1970
(13 Tahun)

 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
UMNO
1970–1976
(6 Tahun)
 Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
UMNO
1976–1981
(5 Tahun)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Bapa Pemodenan
UMNO
1981–2003
(22 Tahun)

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan[2][3]
UMNO
2003–2009
(6 Tahun)

 Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Bapa Transformasi
UMNO
2009–kini





Untuk senarai penuh Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari dulu hingga kini anda hanya perlu dapatkan maklumat di SINI




             KEPENTINGAN KEMERDEKAAN



Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara, malah dari konteks yang lebih kecil, kemerdekaan amat bermakna kepada diri kita sendiri. Kita akan menjadi tidak selesa jika kita akan dikongkong oleh individu yang lain. Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah permata yang amat bernilai. Kemerdekaan akan menentukan kedaulatan sesebuah negara.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah kerana setelah kita telah dijajah selama beberapa ratus tahun, tetapi kita berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa pertumpahan negara, tidak seperti kebanyakan negara-negara lain. Oleh yang demikian, amatlah penting kita menjaganya dengan baik agar segala apa yang kita perolehi pada hari ini tidak terlepas kepada orang lain.

Jika kita lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita telah lupa akan menghargai kemerdekaan tersebut. Mereka telah lupa akan titik peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan. Di atas sikap segelintir pihak ini, negara kita telah hampir dijajah sekali lagi pada tahun 1997. Malah negara kita juga hampir hilang kedaulatan disebabkan penyangak-penyangak mata wang disamping disokong oleh petualang –petualang dalam negara.. Kemerdekaan sesebuah negara adalah milik dan kuasa rakyat negara tersebut. Negara lain atau rakyat negara lain tidak ada kuasa untuk menentukan hala tuju negara kita. Kita boleh lihat bagaimana sesebuah negara di dunia ini tumbang, bukannya daripada faktor bangsa asing tetapi adalah daripada pembelot di dalam negara sendiri.

Kalau kita lihat dari konteks sejarah Kesultanan Melaka, bagaimana Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis, adalah berpunca daripada pembelot dalam negeri yang berkompromi dengan askar Portugis. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Aceh Darussalam yang Angkatan Melayu Pahang telah membantu Belanda menyerang Aceh. Kejatuhan empayar-empayar lain di dunia ini jugak berlaku disebabkan corak yang sama.

Peristiwa yang lebih nyata pada hari ini ialah bagaimana Afganistan telah jatuh ke tangan Amerika Syarikat, bukannya disebabkan dengan kekuatan askar AS tetapi adalah dengan pakatan pasukan Perikatan Utara, Begitu juga dengan kejatuhan Iraq pada tahun 1990 kerana Kuwait dan Arab Saudi bekerjasama dengan Amerika Syarikat, di samping kerjasama puak-puak minoriti di dalam negara tersebut. Tetapi jika tidak ada kerjasama ini, maka sesebuah negara tersebut tidak akan dicerobohi.